1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Kecewa.

Tapi tak rasa nak putus asa.

Playing with PS actions. Applied the one used on Taylor Swift’s photo. Haha. God, she’s so beautiful. Haha.

That’s all.

That’s all.

Hahaha. :D

Hahaha. :D

(Source: thrumymind, via naughteen)

Tegar

Dalam hati wanita itu ada ragu-ragu. Dia gelisah. Tangannya liar tak bertuju - sekejap dibetulkan tudungnya, sekejap ditekan-tekan pahanya. Bait-bait teks akhbar tatapannya waktu sarapan tadi masih liat untuk meninggalkan ruang fikirannya.

Jelas dia ingin menidakkan gerunnya, namun getus hati masih kuat melawan. Ada kemungkinan juga bahas hatinya. Sesekali dia hirup malas sirap limau ais di hadapannya. Jam di tangan pun sudah jemu bertentang mata dengannya.

Diselaknya lengan baju sekali lagi, lalu dia mengintai khabar jarum jam tangannya itu. Ada keluhan panjang kali ini. Sudah hampir sejam dia di kedai itu. Pandangan tuan kedai pun kian kerap semacam, menggesa lagi gelisah hati wanita berwajah lembut itu. Susuk jejaka yang berjanji untuk tiba sejam lalu masih juga belum muncul. Lebih teruk, tiada tandapun akan muncul.

Belum pun sempat mendaki pipi, ditahan awal genang air matanya. Rapuh. Hati wanitanya tak daya lagi. Bingkas dia bangkit dari bangku kayu itu, sambil tangannya cekap menyeluk tas tangan. Sekeping not RM5 ditinggalkannya sepi di atas meja, ditindih genting sebuah gelas kaca.

Bukan teman lelakinya seorang pandu Myvi putih. Bukan teman lelakinya seorang tampal pelekat “Universiti Teknologi Malaysia” di kereta. Bukan teman lelakinya seorang pergi Ampang semalam. Bukan teman lelakinya seorang tak jawab panggilan telefon semalam. Bukan teman lelakinya seorang nama Imran. Bukan. Tak mungkin. Itu yang dia cuba tanam dalam kotak hatinya, masih.

Cleared.

I’m going back today. Settled the clearance matter. No matric card anymore. Finished everything here, except for convocation.

Feeling a little unwell since last night. Farewell sick? Is there something like that? Bye.

Hantu Klasik

Semenjak habis belajar ni, kerja aku cuma makan, main dengan anak saudara dan adik sepupu, dan tidur je. Macam tu lah hari-hari, tak berapa nak produktif. Nak aktif lama-lama di Facebook pun segan, nanti jelas sangat tak produktif sejak habis belajar ni.

Tadi bangun-bangun je, cari telefon tak jumpa. Tak ada lainlah tu kalau bukan kerja si Hadeef. Dalam mamai, intailah sikit jam dinding dekat TV. Dah dekat 4.30 petang dah, elok-elok je boleh solat Asar terus. Melekit pulak rasa badan. Yalah, tidur berpeluh-peluh. Macam mana boleh terlelap pun tak tahulah. Rumah kat Dungun ni memang panas, kipas pun tak semua tempat ada. Lagi-lagi katil aku terletak di luar mana-mana bilik, tempat lalu-lalang orang. Sadis. Salah satu sebab aku sayang rumah di Kuala Terengganu lebih.

Alang-alang nak ambil wudhuk, aku fikir baik aku mandi sekali, sejuk sikit. Suasana sekeliling sunyi je. Rumah kat Dungun ni memang selalunya sunyi, cuma kadang-kadang riuh dek lori yang lalu-lalang dan suara budak-budak. Aku pun masuk bilik mak aku, nak ambil tuala. Tengok-tengok ayah aku sedang nyenyak tidur, penatlah tu layan cucu kesayangan. Aku pun capai tuala dan sambung langkah ke bilik mandi.

Aku ni kalau bab mandi memang lama. Ahli keluarga aku semua memang tahu sangat pasal tu. Bagi aku, masa mandi nilah waktu selesa peribadi aku. Semua benda yang menyerabutkan kepala mesti aku fikir dalam-dalam masa mandi dan biasanya aku akan rasa lebih tenang masa ni. Jejak je kaki keluar dari bilik mandi, kadang-kadang aku terus tetap rasa tenang, kadang-kadang pulak terus lupa dan kembali serabut balik. Daripada hal peribadi hinggalah tugasan akademik, semualah boleh aku fikir masa mandi ni. Sampaikan kadang-kadang jawapan tugasan akademik pun aku boleh dapat masa mandi.

Dalam asyik aku mandi tadi, suasana terus sunyi. Budak-budak ni entahlah hilang ke mana, lori-lori pun segan nak lalu. Tengah aku layan curahan air ke muka, dengan fikiran ralit membayangkan rupa resume yang aku nak buat lepas solat nanti, tiba-tiba bulu roma aku berdiri. Aku rasa ada bunyi yang tak menyenangkan. Aku cepat-cepat tutup paip air dan berdiri tetap, meneliti bunyi tadi. Bunyi tu datang dari arah bucu kanan belakang bilik mandi, tempat terletaknya mesin basuh yang turut menumpang dalam bilik mandi tu - gaya-gaya bilik air kampung. Aku toleh perlahan-lahan. Bunyi tu makin jelas, bunyi hilaian hantu yang selalu kita buat bila nak mengusik anak kecil. Patutlah dari turun temurun usikan tu dibawa, memang seram rasanya mendengar hilaian tu dalam sunyi. Aku ni pulak imaginasi terlebih, suka bayang rupa hantu makcik tua, lagi-lagi bila nak buka mata waktu mandi air hujan paip. Tak habis toleh lagi dah macam-macam rupa hantu aku terbayang.

Tiba-tiba tak semena-mena aku dengar bunyi Hadeef gelak. Cis! Tu mesti ayah aku tengah mengusik Hadeef. Aku yang dalam bilik mandi ni pulak yang takut, padahal budak tu gelak je kat luar. Hampeh sungguh. Akupun terus merasa kegagalan seorang graduan menganggur.

People I'm following
Follow me